Pages

Monday 19 December 2011

BIOLOGI-Aplikasi Enzim Dalam Kehidupan Harian dan Dalam Industri


Aplikasi Enzim Dalam Kehidupan Harian dan Dalam Industri
1.     Dalam kehidupan harian, enzim digunakan dalam keadaan berikut:
Enzim
Kegunaan
Amilase
  • Untuk menghilangkan kanji dalam buah-buahan dan koko semasa pemprosesan jus buah-buahan dan coklat.
  • Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol.
Lipase
  • Menguraikan lemak dalam makanan seperti daging.
  • Bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju.
Protease
  • Penyediaan pelembut daging bagi melembutkan daging yang liat supaya mudah dikunyah.
  • Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan.
Selulase
  • Melembutkan sayur-sayuran dengan mencernakan sebahagian selulosa sayur itu.
  • Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum.
  • Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya.
Zimase
  • Terdapat dalam yis dan digunakan dengan meluas dalam penyediaan minuman beralkohol seperti bir dan wain.

No comments:

Post a Comment