Pages

Monday 19 December 2011

sejarah bab 1 ting 5



1.1             Imperialisme di Asia Tenggara
1.   Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentintgan tertentu.

1.1.1   Imperialis Barat
1.   Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia.
2.   Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah Portugal (Melaka), Sepanyol (Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika Syarikat.

1.1.2   Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1.   Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
2.   Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekan jarak antara Barat dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan.
3.   Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut apabila semakin bayak negara jajahan yang ditakluk.
4.   Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
5.   Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi mendahului negara-negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaian mereka.

1.2      Perubahan Sistem Politik
1.   Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2.   Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai ekonomi negara jajahan bagi mencapai matlmat utama mereka.

1.2.1     Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat
1.   Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara.
    Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan silayah-wilayah di tanah jajahan.
    Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
    Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.
    Perlantikan ketua barat sebagai ketua biro.
    Pengenalan undang-undang barat.
Filipina
1.   Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.
2.   Diselatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Isla.
3.   Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan struktur pemerintahan berikut:

http://amplicast.tripod.com/frame/sejbab1_files/image001.gif


4.   Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendo dan dibantu oleh Encominda (barangay-barangay yang digabungkan)
5.   Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Indonesia
1.   Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Maratam dan kerajaan Bantam di Jawa.
2.   Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3.   Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah aatu bupati (di Jawa).
4.   Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan pemerintahan Indonesia kepada dua:
    Pentadbiran Pusat
    Pentadbiran Tempatan.
5.    Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
Ciri-ciri
Perubahan
Pentadbiran Pusat
Diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran Tempatan 
Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
Penubuhan Jabatan Kerajaan
Antaranya Jabatan Pejalajaran dan Pertanian.
Penubuhan Dewan Tempatan
Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
Penubuhan Volsraad
Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya akibat desakan Sakerat Islam.











Burma
1.   Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja dibawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya seperti di bawah
2.   Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma dan menghapuskan Dinasti Konboung.
3.   Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
4.   Sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
5.   Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.
6.   Beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

IndoChina
1.   Pada awalnya negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh yang mempunyai kuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan tempatan.
2.   Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan Bahasa dan kesusasteraan China.
3.   Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
4.    Perancis juga membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua undang undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
5.   Pentadbiran pemerintahan tempatan didak diganggu oleh pentadbiran pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Melaka
1.             Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
2.             Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.
3.             Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
4.             Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen.
5.             Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu  (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.
6.             Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.
7.             Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
8.             British juga telah menjalankan pelbagai perubahan9.   

No comments:

Post a Comment